Followers

kenyataan di blog ini saya ambil dari email email yang di hantar kepada saya . harap maklum :)

Saturday, December 6, 2008

4 perkara yg x dktahui kadarnye

1. Muda tidak terasa nikmatnya melainkan oleh orang tua
2. Kesejahteraan (kedamaian) tidak dirasai nikmatnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3. Kesihatan tidak diketahui nikmatnya melainkan oleh orang yang sakit .

4. Hidup tidak dirasai nikmatnya melainkan oleh orang yang telah mati .
Orang Yang Paling Kuat
"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang;seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat,dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.
Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untukurusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadaptanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika merekaitu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWTtidak sekali-kali akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jikamereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukandan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

Menyembah @ disembah harta
Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itumenyembah harta .

Tiap-Tiap Perkataan....
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia .

Malulah kepada....
Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan memujinyadan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

Hati Adalah Ladang
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebihkeras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebihpahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah iadengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuhsemuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuhsebahagiannya.

Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"

Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang baik,jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu danjika kamu mati mereka akan menangisimu"
Sabar
"Kesabaran itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau bencidan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka.Yang kedua itu adalah lebih berat bagi nafsu"

No comments: